• Resepi Tabloid|Segala Rencah Segala Rasa

    Pages

    Pakoras Roti


    Resipi ni memang mudah macam buat goreng pisang, cuma tepung salut tu guna tepung gram dal (besan) dan tepung beras. Mudah dan sangat sedap!

    Bahan-bahan ( Untuk beberapa orang makan )

    • 3/4 cawan tepung gram dhal
    • 1/4 cawan tepung beras
    • segenggam daun ketumbar dihiris halus
    • 4-5 biji cili hidup dihiris halus
    • satu sudu besar cumin seed (jintan yg halus tu, bukan yg gemuk)
    • garam secukup rasa
    • 1/2 cawan air (atau secukupnya)
    • Roti yg dihiris nipis. Roti sandwich boleh potong 4. Saya guna roti bulat dihiris nipis

    Cara-cara

    1. Masukkan tepung gram dhal, tepung beras, garam kedalam mangkuk. Campurkan air sedikit demi sedikit. Kacau sampai jadi macam tepung celup goreng pisang tu. Pekat sikit pun ok.
    2. Masukkan daun ketumbar, cili, dan jintan. Kacau sampai sebati.
    3. Panaskan minyak. Celupkan hirisan roti kedalam adunan tepung tadi dan goreng sampai kekuningan macam masak goreng pisang.
    4. NOTA: Tepung gram dhal atau besan ni orang kedah panggil tepung kacang parpu. Senang nak cari, pergi kedai India. Selain dari roti, pakoras jugak boleh dicelup dengan sayur seperti kentang, carrot, terung, etc. yg dihiris nipis Macam tempura..tapi rasa dia lagi best :)

    0 comments:

    Post a Comment

    artikel terbaik