• Resepi Tabloid|Segala Rencah Segala Rasa

    Pages

    Nasi Goreng Ketam Kadadzan


    Bahan-bahan ( 3 org )

    • Nasi putih (agak2 utk 3 orng makan).. ~ nak lebih pun boleh, bak kata Chef Ammar Ali, suka2 hati (^_*)
    • Sedikit minyak (untuk menumis)
    • Sedikit marjerin (untuk menggoreng isi ketam/ crab filament stick dan cendawan tiram)
    • Isi ketam / Crab Filament Stick
    • 1 biji telur ayam
    • 1 peket perencah Nasi Goreng Hailam ADABI
    • 1 atau 2 sdm Sos Ikan
    • 3 ulas bawang putih (suka2 hati nak potong mcmana)
    • 100 gm brokoli
    • 1/2 peket cendawan tiram
    • 2 helai daun bawang (potong memanjang)
    • 1 biji cili besar (potong nipis)
    • Sedikit bawang goreng dan daun ketumbar untuk hiasan

    Cara-cara

    1. Dengan menggunakan marjerin, goreng isi ketam sehingga agak garing. Alihkan dari kuali. ~ Jgn garing sangat, nanti rangup, kurang enak semasa dimakan.
    2. Basuh cendawan tiram dan goreng sehingga kekuningan. Pastikan cendawan tiram tidak berair semasa digoreng.
    3. Setelah alihkan cendawan tiram, tumis bawang putih. Masukkan nasi putih yang sudah digaul sebati bersama perencah nasi goreng hailam ADABI. Kacau rata. Masukkan sos ikan dan kacau hingga sebati.
    4. Buat satu lubang berbentuk bulatan di tengah2 nasi, dan pecahkan telur ayam. Biarkan seketika (agak masak), kemudian gaulkan sebati dengan nasi.
    5. Sambil menunggu nasi masak, didihkan air, kemudian masukkan brokoli, daun bawang dan cili besar lebih kurang 2 minit. Tutup api, keluarkan bahan2 tersebut dan rendam di dalam air ais (Untuk memastikan bahan2 tersebut kekal segar dan rangup).
    6. Setelah nasi goreng siap, bolehlah dihidang bersama2 dengan bahan2 yg direneh tadi serta dihias bersama bawang goreng dan daun ketumbar. Masak dari hati. masak dengan IMAN. Selamat Mencuba!

    1 comments:

    artikel terbaik