• Resepi Tabloid|Segala Rencah Segala Rasa

    Pages

    Stir Fry Bok Choy


    Bahan-bahan ( 4 orang makan )

    • 2 ikat bok choy (lebih pun boleh hehe)
    • 4 ulas bawang putih - dihiris halus
    • 1/2 biji bawang besar kuning - dihiris
    • sedikit halia
    • sos tiram
    • garam secukup rasa
    • sedikit kiub ayam
    • sedikit minyak untuk menumis
    • tepung jagung

    Cara-cara

    1. Panaskan minyak. Tumis bawang putih dan halia hingga naik bau.
    2. Masukkan bok choy. Kemudian, masukkan sos tiram secukupnya dan kacau. Letakkan sedikit air supaya tidak terlampau kering.
    3. Bila bok choy sudah sedikit layu, angkat bok choy dan pindahkan ke dalam pinggan. Tinggalkan kuah di dalam kuali.
    4. Tambahkan lagi 2 sudu besar sos tiram, sedikit kiub ayam dan garam secukup rasa ke dalam kuali. Masukkan air mengikut sebanyak kuah yg anda nak.
    5. Masukkan hirisan bawang besar. Untuk memekatkan kuah, masukkan bancuhan tepung jagung dan masak sekejap.
    6. Tuangkan kuah yg dimasak ke atas sayur yg disusun di dalam pinggan. Hidangkan.


    0 comments:

    Post a Comment

    artikel terbaik