• Resepi Tabloid|Segala Rencah Segala Rasa

    Pages

    Kerutup Ayam


    Sesuai untuk ayam kampung tapi kalau ayam bandar pon okey.. Kalau di tempat kenduri, ayam ni dipotong empat bagi seekor ayam. Terpulang kepada anda.. masakan anda citarasa anda..

    Bahan-bahan ( 5-6 0rang )

    • Bahan A: 2 ulas bawang putih, 3 ulas bawang merah, 1 inci halia
    • Bahan B: 2 biji kentang dipotong empat, 1 biji cili merah dimayang, 1 biji bawang besar dimayang,
    • Bahan C: 1 sudu kecil halba campur, 3 sudu rempah kurma , 1/4 sudu serbuk jintan manis, 1/4 sudu serbuk jintan putih, 1/2 cawan air
    • 3 cawan santan, garam dan 1/2 sudu gula, 1/2 ekor ayam, 1/4 sudu asam jawa yg dicampur 3sudu air

    Cara-cara


    1.  Bahan A ditumbuk lumat, Bahan B dipotong dan dimayang, Bahan C dicampur dan digaul bersama 1/2 cawan air
    2. Tumis bahan A hingga naik bau. Kemudian masukkan bahan C. Tumis lagi sehingga wangi.

    3.  Masukkan ayam dan gaul rata. Tambahkan 1/2 cawan air dan masukkan kentang. Masukkan garam dan gula dan santan.
    4. Kecilkan api dan biarkan mendidih. Sesekali kacau dan tunggu sehingga santan kering.
    5.  Apabila sudah kering, masukkan air asam jawa, cili merah dan bawang besar yang dimayang. Gaul rata. Sedia untuk dihidang


    0 comments:

    Post a Comment

    artikel terbaik