• Resepi Tabloid|Segala Rencah Segala Rasa

    Pages

    Masak lemak Ketam


    best makan ni jom lah try makan ni.. cepat2 masak ye!

    Bahan-bahan ( Untuk 4 - 5 orang )

    • 4 ekor ketam besar, dibersihkan
    • 6 ulas bawang merah kecil*
    • 3 ulas bawang putih*
    • 3 batang lada merah*
    • 3 biji buah keras*
    • 1 inci kunyit hidup*
    • 1/2 cm belacan*
    • 1 hirisan nipis lengkuas*(*dikisar halus)
    • 1 asam keping
    • 1 helai daun kunyit
    • 1 kuntum bunga kunyit (jika suka dan jika ada)
    • 1 biji kelapa, diparut
    • Garam dan gula secukup rasa
    • 1 biji timun, dibuang kulit, dikerat 2 dan belah empat setiap keratan
    • 2 keping tempe, dikerat 4 setiap keping (jika suka)

    Cara-cara

    1. Dalam periuk, masukkan ketam, asam keping dan bahan2 dikisar. Jerang atas api untuk 2 - 3 minit. Matikan api dan biarkan sebentar.
    2. Masukkan 1 cawan air dalam kelapa parut. Ramas dan perah santan dalam satu bekas. Ketepikan. Tuang lagi 2 cawan air dan perah untuk mendapatkan santan no.2.

    3.  Hidupkan api kembali dan masukkan santan no 2 ke dalam periuk. Diikuti tempe, daun kunyit dan bunga kunyit (jika suka dan jika ada), biarkan mendidih. Masukkan santan pekat dan timun. Perasakan dgn garam dan gula. Dalam gambar :- Daun kunyit dan bunga kunyit
    4. Masak atas api perlahan selama 5 minit. Kacau selalu untuk mengelakkan santan pecah minyak. Bolehlah dihidangkan bersama nasi putih dan lauk-pauk sampingan.

    0 comments:

    Post a Comment

    artikel terbaik